PETALING JAYA – Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melangkah ke pentas Parlimen tidak mengikat Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam soal lama mana beliau terus menerajui negara sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Dalam membuat keputusan ini, kami tidak pernah mengikat parti dengan tempoh masa Mahathir menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ia dibuat bagi mengumumkan bahawa Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson sebagai persediaan untuk beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara kelak.
Menurut Saifuddin, Anwar sendiri selalu menekankan pentingnya kepimpinan Mahathir terus disokong sekarang.
“Datuk Seri Anwar selalu pesan pada kepimpinan PKR sekarang adalah masa untuk beri dukungan dan sokongan penuh kepada kepimpinan Mahathir sebagai Perdana Menteri,” katanya. – Bernama










