PULAU PINANG 24 Sept. – Keputusan akademik termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cemerlang bukanlah faktor penentu dalam usaha menjadikan seseorang murid itu lebih berdaya saing pada masa depan. Sebaliknya, Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Jamil Mohamed berkata, beberapa faktor lain termasuk kemahiran yang dimiliki oleh mereka juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Justeru beliau berkata, pihaknya akan terus berusaha menggilap pelbagai kemahiran lain dalam kalangan murid tersebut…










