Kepala surat Putera Arab Saudi, tandatangan sama – Najib - Utusan Malaysia

Kepala surat Putera Arab Saudi, tandatangan sama – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kesemua surat berkaitan sumbangan derma dalam akaun peribadinya yang diterima bank, menggunakan kepala surat Putera Arab Saudi, Putera Abdulaziz Al-Saud dan tandatangan sama.

NAJIB TUN RAZAK
NAJIB TUN RAZAK 

Bekas Perdana Menteri itu turut mendakwa, semua pemindahan dana yang dilakukan juga tidak pernah dipertikaikan bank penerima mahupun Bank Negara.

“Terdapat satu artikel hari ini memetik kenya­taan seorang penyiasat yang tidak dinamakan mendakwa semua surat berkaitan derma tidak ditandatangani Putera Abdulaziz sendiri tetapi oleh seseorang mendakwa dirinya sebagai pembantu kepada putera itu. Mereka yang membaca artikel ini tanpa memikir dengan lebih mendalam akan membuat kesimpulan bahawa saya cuba memperdaya rakyat.

“Pada ketika saya tidak boleh mengesahkan apa dikatakan penyiasat itu mengenai tandatangan berkenaan, apa yang saya tahu dalam dunia perniagaan, ada juga berlaku kakitangan menandatangani surat bagi pihak majikan mereka,” katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, laporan The Edge Weekly mendakwa beberapa dokumen termasuk salinan sepucuk surat yang didedahkan Najib bagi mengesahkan dana RM2.6 bilion dimilikinya adalah daripada keluarga diraja Arab Saudi, didakwa tidak ditandatangani Putera Abdulaziz sepertimana yang tertera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN