Kenduri Hari Malaysia, 1,000 pinggan mee rebus Peneng Ori diberikan kepada orang ramai - Utusan Malaysia

Kenduri Hari Malaysia, 1,000 pinggan mee rebus Peneng Ori diberikan kepada orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Sempena Hari Malaysia sebanyak 1000 pinggan mee rebus Penang Ori percuma diberikan kepada orang ramai.

Pemberian mee rebus itu sebagai satu simbolik meraikan Hari Malaysia serta ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa Hari Malaysia ini sama penting dengan Hari Kebangsaan.

Pemilik Gerai Mee Rebus Penang Ori, Ahmad Shahul Hamid,42, berkata, beliau gembira dengan sambutan yang diberikan jiran tetangga yang banyak membantu dalam menyediakan persiapan ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak menyangka sambutan pada tahun ini lebih menggalakkan dan jumlah pengunjung yang datang melebihi dari jangkaan malahan mereka sudah datang seawal pukul 11 pagi,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Beliau juga turut menyediakan mee goreng yang dimasak menggunakan arang. 

Seorang pengunjung, Norhalizah Halifi, 24, berkata, mee rebus di gerai itu sangat sedap dan berbeza dengan yang lain dengan keunikan memenuhi cita rasa.

“Saya sentiasa datang untuk membeli mee rebus dan membawa keluarga sebab lokasi gerai yang tidak jauh dari rumah saya,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini