LONDON – Cristiano Ronaldo bakal terlepas aksi dengan bekas kelabnya, Manchester United selepas dibuang padang ketika membuat penampilan sulung buat Juventus dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah menentang Valencia di Mestalla, Sepanyol awal pagi tadi. Penyerang berusia 33 tahun itu diperintah keluar padang pada babak pertama aksi sulung Kumpulan H itu berikutan perbalahannya dengan pertahanan Valencia, Jeison Murillo. Bekas bintang Real Madrid itu kemudian terpaksa meninggalkan padang sambil menangis. Ronaldo kelihatan menangis…










