KANGAR 3 Sept. – Kementerian Pendidikan disyorkan supaya melakukan kajian untuk memberi insentif dan galakan kepada para guru untuk memotivasikan lagi golongan itu hadir ke sekolah pada setiap hari. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara yang boleh dilakukan ialah memberi kelebihan masa rehat atau cuti, prasarana yang baik atau mewujudkan sistem guru pembantu. Titah baginda, selain itu, mewujudkan waktu persekolahan ala pejabat, menyediakan kokurikulum yang lebih…










