Memupuk kesedaran betapa pentingnya penjagaan alam sekitar dapat diusahakan dalam pelbagai bentuk. Misalnya, penganjuran aktiviti menanam pokok, membuang sampah dan menjaga habitat haiwan juga merupakan satu pendekatan terbaik. Pada hari ini, banyak golongan menganjurkan pelbagai golongan antaranya mahasiswa universiti. Sebagai contoh, sekumpulan pelajar berkunjung ke Terengganu baru-baru ini atas tujuan menjayakan sebuah program kemasyarakatan yang dinamakan Kembara Sukarelawan 2018. Kumpulan berkenaan mendapat sokongan dan subsidi dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar…










