KOTA KINABALU 16 Sept. – Sambutan Hari Malaysia tahun ini amat bersejarah kepada Sabah dan Sarawak selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjanji mengembalikan status rakan sekutu kepada kedua-dua negeri itu seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, status tersebut akan memberikan asas kukuh dalam hubungan antara ketiga-tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung serta memberi tumpuan kepada pembangunan menyeluruh kedua-dua negeri. Beliau…










