KETIKA televisyen dan pawagam masih relevan menjadi medium buat pencandu naskhah drama atau filem terbaharu, dunia digital juga sedang menyediakan pelbagai gedung mega variasi segmen produk untuk disaksikan tanpa bayaran atau dengan sedikit langganan bulanan untuk pengunjungnya. Salah satu yang sedang mengumpul penganut dengan banyak adalah platform digital Over-The-Top atau OTT yang dapat diakses secara percuma tanpa pautan kabel televisyen atau langganan khusus. Secara tidak langsung, kehadiran platform OTT yang…










