BARU pulang dari mengerjakan ibadah haji pada 28 Ogos lalu, pelakon Fouziah Gous mengakui sebenarnya belum bersedia sepenuhnya untuk berkongsi pengalaman sepanjang menunaikan rukun Islam kelima itu. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaannya. Apatah lagi untuk menyusun kata berbicara mengenai pengalaman yang dilaluinya di sana. Demi memendekkan cerita, Fouziah ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini berkata, apa yang dilaluinya sepanjang 12 hari berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah lebih daripada…










