KUALA TERENGGANU 30 Sept. – Karnival Pantai 2018, dahulunya dikenali sebagai Pesta Pantai masih mengekalkan pembinaan bangsal-bangsal melatari kawasan pantai sebagai simbol warisan tradisi libur penduduk masa silam. Karnival yang dimuatkan dalam kalendar pelancongan negeri berlangsung selama tiga hari di pantai Batu Burok di sini yang menarik kira-kira 20,000 pengunjung, berakhir malam tadi dengan penutupan karnival disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali. Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa…










