IPOH – Atlet menembak Johor, Nurul Syasya Nadiah Mohd. Arifin melakar kejutan apabila mencipta rekod baharu acara 10 meter (m) air pistol individu wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Lapang Sasar Darul Ridzuan dengan meraih pingat emas selepas mengumpul 562 mata. Nurul Syasya, 16, berjaya memintas rekod milik Siau Cuili dari Perak yang mengutip 560 mata pada Sukma Perlis 2014 selain turut meraih emas acara 10m air pistol berpasukan wanita…










