Kelantan, Sabah, Sarawak masih hadapi bekalan air terawat yang kritikal - Utusan Malaysia

Kelantan, Sabah, Sarawak masih hadapi bekalan air terawat yang kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 25 Sept. – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang mengenal pasti satu sistem baharu bagi menyediakan bekalan air terawat dan bersih kepada penduduk di Kelantan, Sarawak dan Sabah.

“Isu bekalan air bersih di negeri-negeri ini sangat kritikal terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Di Sarawak misalnya kita perlu memikirkan kaedah atau sistem baharu untuk membekalkan air terawat dan bersih terutamanya di kawasan pedalaman dan rumah panjang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pengurusan Bekalan Air Malaysia Keempat di sini hari ini.

Menurut Xavier, antara kaedah yang telah dikenal pasti ialah dengan memproses dan merawat air menggunakan sumber air sedia ada di kawasan tersebut seperti sungai dan hujan.

Bagaimanapun, katanya, proses tersebut memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi, justeru pihaknya berharap kerajaan negeri serta pihak swasta dapat bersama-sama bekerjasama bagi memastikan isu bekalan air bersih dapat disediakan dalam tempoh lima tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN