Kelantan masih berpeluang ke suku akhir Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Kelantan masih berpeluang ke suku akhir Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kelantan masih berpeluang melayakkan diri ke slot suku akhir kempen Piala Malaysia musim ini namun perlu bekerja keras untuk menewaskan Kedah pada perlawanan terakhir kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada 16 September ini.

Pemain pertahanan Kelantan, Azwan Aripin berkata, walaupun perlawanan terakhir itu sukar, namun rakan pasukan perlu positif untuk manfaatkan peluang bermain di halaman sendiri bagi menewaskan Kedah.

“Saya percaya rakan-rakan sepasukan saya boleh memberikan sesuatu yang diinginkan oleh setiap pemain bola sepak apabila beraksi di saingan kumpulan iaitu melayakkan diri ke peringkat seterusnya dan seterusnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Azwan berharap para penyokong dapat memberikan sokongan kepada mereka untuk meraih kemenangan dalam perlawanan itu.

Selepas lima perlawanan peringkat kumpulan C, pasukan Kelantan bimbingan Ketua Jurulatih Yusri Che Lah itu berada di kedudukan keempat dengan memperoleh satu kemenangan, dua seri dan dua kekalahan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN