SHAH ALAM 27 Sept. – Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton Universiti Dunia (WUBC) 2018 yang akan berlangsung dari 15 sehingga 21 Oktober ini di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. SHAHRIN Sekretariat Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), Shahrin Ismail berkata, kejohanan tersebut bakal menyaksikan saingan sengit daripada 18 buah negara yang mengambil bahagian. “Negara-negara yang mengambil bahagian ialah Australia, Brazil, Kanada, China, Republik Czech, Jerman, India, Korea Selatan,…










