PENGLIBATAN ketenteraan New Zealand di Malaysia bermula sebelum Perang Dunia Kedua melibatkan Tentera Udara Diraja New Zealand (RNAF) dan New Zealand Army Service Corp. Ia terus berkembang ketika era Darurat Pertama melalui Briged Komanwel British Ke-28 bertempat di Kem Terendak, Melaka. Pada 1955, kekuatan kuasa ketenteraan telah dipertingkat bagi menjalankan operasi memusnahkan ancaman komunis melibatkan enam batalion askar Melayu, enam batalion infantri Gurkha, enam batalion infantri tentera British, satu batalion…










