KEJAYAAN Kelantan melangkah ke suku akhir Piala Malaysia 2018 menjawab segala kritikan terhadap prestasi terumbang-ambing yang diperagakan oleh The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Pemangku Jurulatih, Yusri Che Lah berkata, kejayaan itu hadir tepat pada masanya selepas tiada siapa yang memberikan harapan kepada TRW untuk mengharungi saingan Piala Malaysia musim ini apabila diundi bersama juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah dan MISC-MIFA.…










