KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah seperti yang berlaku di Terengganu hari ini perlu dilihat semula. “Ia (peruntukan) perlu dilihat, sama ada orang awam boleh hadir sekali. Sama ada pegawai (pihak berkuasa) dua tiga orang sudah boleh dikira sebagai orang awam. Bagi saya itu proses teknikaliti dan boleh dibawa ke perdebatan,” katanya.…










