KUALA LUMPUR 21 Sept. – Peminat badminton tanah air hari ini dikejutkan apabila tular di media sosial bahawa jaguh No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei dikatakan menghidap kanser hidung tahap tiga. Menurut mesej tersebut, pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu dikatakan mendapatkan rawatan di Taiwan kerana masalah pernafasan, sebelum doktor kemudian mengesahkan dia menghidap penyakit tersebut. Usaha Utusan Online menghubungi Chong Wei bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu bagaimanapun gagal, manakala Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Semalam, Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya