KANGAR 1 Sept. – Kebimbangan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail terhadap suara-suara ‘sumbang’ yang mempertikaikan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan, menunjukkan bahawa perkara itu perlu dipandang serius oleh semua pihak. Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, walaupun belum wujud sesuatu konflik di dalam masyarakat tetapi ia tidak mustahil berlaku jika perkara itu gagal dibendung daripada sekarang. Kata beliau, ini termasuk pertikaian pihak-pihak tertentu terhadap hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan…










