SKUAD bola sepak kebangsaan berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan ketiga di pentas antarabangsa tahun ini selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Phnom Penh malam tadi. Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan skuad Harimau Malaya kembali di landasan kemenangan susulan kekalahan mengecewakan 0-2 pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Taiwan di Taipei City minggu lalu. Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe (gambar kecil) membariskan kesebelasan terbaik apabila…










