PULAU PINANG 22 Sept. – Pemilihan PKR di negeri ini berjalan lancar walaupun dicemari perbalahan kecil melibatkan calon bertanding dengan petugas, dakwaan cuba menipu selain sistem undian dalam talian tergendala lebih sejam. Di Balik Pulau, calon Ketua Cabang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik pada mulanya ‘dinafikan’ hak untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yan Cheng di Teluk Kumbar di sini kerana namanya tidak tersenarai sebagai ahli. Muhammad Bakhtiar…










