SHAH ALAM 10 Sept. – Keadaan pantai di lima daerah di Selangor masih terkawal dan tiada sebarang limpahan air berlaku di pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku awal hari ini. Menurut kenyataan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, ban ataupun benteng kepada pesisir pantai kukuh dan berada dalam keadaan baik selain tiada rebakan berskala besar. “Tiada sebarang pusat pemindahan yang dibuka setakat ini sehingga pukul 9 pagi ini,”…










