Kay Kim, Hassan penerima Anugerah Merdeka 2018 - Utusan Malaysia

Kay Kim, Hassan penerima Anugerah Merdeka 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Pakar sejarah dan akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Bapa Animasi, Hassan Abdul Muthalib adalah antara tujuh penerima Anugerah Merdeka 2018.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Penaung Diraja Anugerah Merdeka sejak 2007.

Turut berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kay Kim merupakan penerima bersama dalam kategori Pencapaian Akademik Luar Biasa atas sumbangannya yang cemerlang kepada penyelidikan ilmiah, pembangunan tafsiran semula sejarah Malaysia dan dedikasi sepanjang hayat dalam pendidikan sejarah.

Sementara Hassan pula penerima anugerah bagi kategori Komuniti dan Pendidikan atas sumbangan awal beliau mempelopori bidang animasi tempatan selain kepemimpinannya dalam merangka pendidikan artistik animasi.

Empat lagi penerima adalah aktivis alam sekitar, Ir. Gurmit Singh KS; Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Mohd. Hair Bejo; Canselor Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Dr. Gan Ee Kiang dan pakar ekonomi Universiti Malaya, Dr. R. Rajah.

Dalam pada itu, pakar speleologi British, Andrew James Eavis turut menerima Anugerah Merdeka tahun ini di bawah bidang Sumbangan Luar Biasa kepada Masyarakat Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini