PETALING JAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan dua sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras dengan jumlah cukai bernilai kira-kira RM10 juta selepas menahan dua lelaki pada 2 September lalu. Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, menerusi serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 7.50 malam itu, kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 36 dan 48 tahun ditahan di Lebuh Raya Pulau Indah dan Pelabuhan Klang,…










