KUALA LUMPUR – Tokoh akademik Allahyarham Kassim Ahmad pernah menyertai UMNO pada 1986 atas sebab Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu, kata bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim. Rais berkata, ramai yang tidak tahu bahawa Mahathir sering berhubung dengan tokoh akademik itu untuk mendengar idea-idea bernas beliau. “Saya berpendapat Allahyarham Kassim menyertai UMNO kerana Mahathir tetapi Mahathir tidak mahu mengaku, beliau masuk UMNO kerana prinsip yang benar. Kita kehilangan…










