PANAS terik yang menerjah wajah tidak sedikit pun mematahkan semangat Diana Ordonez untuk menghabiskan lukisan muralnya. Diana atau lebih dikenali sebagai LeDania merupakan pengkarya seni jalanan yang terkenal dari Colombia. Dia telah menyumbang karyanya yang terkini di dinding bangunan utama Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL), Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini. Kerjasama antara UM dan Kedutaan Colombia di Malaysia itu merupakan usaha yang julung-julung kali diadakan. Menurut LeDania, karya…










