BERGELAR ibu bukanlah satu tanggungjawab yang mudah kerana setiap anak mempunyai kerenah masing-masing. Walaupun begitu, kehadiran cahaya mata adalah anugerah terindah dan setiap ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja untuk membahagiakan cinta hati mereka. Kepenatan itu ditolak tepi tatkala melihat anak-anak ketawa gembira dan membesar dengan sihat serta cerdas fikirannya. Menyedari cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh insan bergelar ibu, Salwa Mohd. Saleh, 34, berkongsi pengalaman peribadinya menguruskan empat orang cahaya…










