Melaksanakan kajian kes berkenaan Starbucks semasa menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah beberapa tahun lalu, membuatkan Noor Arzaliza Arifin, 24, teruja dengan keistimewaan perniagaan kafe kopi tersebut. Ketika itu, Noor Arzaliza yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi UUM mendapat tahu kafe kopi yang terkenal dalam gaya hidup urban tersebut menawarkan seleksi produk kopi berkualiti, lokasi cawangan strategik, etika kerja profesional termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang…










