TOKYO 17 Sept. – Kapal selam Jepun buat pertama kalinya menyertai latihan ketenteraan di Laut China Selatan. Kapal selam dikenali sebagai Kuroshio menyertai latihan tersebut bersama-sama kapal perang Jepun yang lain, termasuklah helikopter pengangkut Kaga. Ini merupakan kali pertama kapal selam Jepun menjalani latihan ketenteraan di wilayah pertikaian tersebut. Antara latihan terbabit termasuklah mengesan kapal selam musuh dengan alat sonar. – REUTERS










