SERIAN 25 Sept. – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan selama tiga jam sebelum diselamatkan oleh bomba setelah kakinya tersangkut dalam lubang saluran air di bilik mandi rumahnya di Taman Pasir di sini hari ini. Jurucakap bomba berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian telah dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi khas mengeluarkan kaki mangsa sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 12.13 tengah hari. Katanya, sebelum itu, usaha mengeluarkan kaki mangsa telah dibuat oleh ahli keluarganya, namun masih gagal lalu hubungi bomba untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya