BANGKOK 17 Sept. – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut manakala tujuh lagi hilang dalam insiden tanah runtuh di kem pelarian, utara negara ini berdekatan sempadan Myanmar. Kem di wilayah Mae Hong Song itu adalah ‘rumah’ kepada kira-kira 10,000 orang daripada etnik Karen di Myanmar. Etnik berkenaan terpaksa melarikan diri dari Myanmar berikutan konflik antara kumpulan pemberontak dan tentera. Hujan lebat akibat monsun di kawasan pergunungan di sekitar kem Mae…










