IPOH 21 Sept. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang dipercayai ketika menaiki basikal dekat rumahnya di Bandar Baru Putra, Bercham di sini hari ini. Ahmad Aqil Akbar Ahmad Aqil Akbar hilang dari rumahnya ketika ibunya keluar menghantar motosikal yang rosak untuk diperbaiki di bengkel berdekatan pada pukul 8 pagi. Bapa kanak-kanak itu, Zaid Mohamed Hashim, 38, mengesahkan kehilangan anaknya itu dan laporan polis sudah dibuat mengenainya. Menurutnya, kehilangan anaknya itu disedari isterinya, Ainun Zaharah Ismail, 36, ketika pulang ke rumah selepas menghantar motosikal untuk diperbaiki. Katanya, isterinya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya