KUALA LUMPUR 22 Sept. – Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) terpaksa menahan sakit apabila kakinya tersangkut dalam lubang tandas kediamannya di Kampung Rawang Putar, Batang Kali, Hulu Selangor dekat sini hari ini. Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.54 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dengan kekuatan sembilan anggota tiba di lokasi kejadian. “Kita dapati kaki wanita berusia 38 tahun…










