KUALA LUMPUR 10 Sept. – Kerajaan disarankan supaya mengkaji semula strategi untuk menangani gejala dadah dalam kalangan masyarakat di negara ini selepas pelbagai program yang diadakan selama ini dilihat masih gagal untuk mengekang masalah tersebut. Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pelbagai usaha telah dibuat termasuk menyalurkan peruntukan berjumlah ratusan juta ringgit untuk program menangani dadah namun seolah-olah tiada jalan penyelesaian yang…










