Kadar gaji minimum hanya naik RM50 - Utusan Malaysia

Kadar gaji minimum hanya naik RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Sept. – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan juga memutuskan tidak memberi sebarang subsidi kepada mana-mana majikan berikutan kekangan kewangan semasa negara.

Menurut kenyataan tersebut, peningkatan gaji minimum itu adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita harus waspada bahawa sebarang peningkatan gaji yang drastik bakal menimbulkan masalah lain kepada industri yang juga boleh menggugat daya saing negara.

“Dengan itu, adalah lebih wajar jika gaji minimum dinaikkan secara berkala dalam tahun-tahun akan datang supaya industri, terutamanya majikan kecil, tidak menutup perniagaan mereka akibat kos operasi yang tinggi yang bakal menyebabkan pemberhentian pekerja,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, majikan dan peniaga juga diseru supaya tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan susulan kenaikan gaji minimum ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dimohon untuk memantau perkara tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini