KOTA KINABALU 2 Sept. – Selepas menerima rungutan daripada orang ramai terhadap pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas kad nilai tambah prabayar telefon bimbit, Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pengecualian cukai berkenaan untuk produk itu. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, semua syarikat telekomunikasi perlu mematuhi arahan tersebut yang berkuat kuasa serta-merta demi kepentingan orang ramai.










