KUALA LUMPUR 8 Sept. – Prestasi Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja mengecewakan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi turut mendukacitakan rakyat. Shamsul Anuar Nasarah Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, anggota Kabinet kerajaan perlu mengambil tindakan dan membuat perubahan terhadap teguran Dr. Mahathir yang tidak berpuas hati dengan prestasi mereka. “Umpamanya isu pelantikan Menteri Pendidikan di Universiti Islam Aantarabangsa Malaysia, apabila Perdana Menteri sendiri membuat…










