Syabas Dr. Mahathir. Itulah kata-kata yang dapat diucapkan kepada Perdana Menteri kerana berani mengakui prestasi kerja jemaah menteri beliau belum mencapai tahap yang diharapkan. Walaupun kerajaan beliau yang baru beberapa bulan ditubuhkan itu menjadi perhatian rakyat negara ini dan dunia, Dr. Mahathir tanpa ragu-ragu mengakui beliau belum berpuas hati dengan prestasi mereka. Sebenarnya umum mengetahui barisan Kabinet beliau masih ‘hijau’ dan tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, sebab itu rakyat pun…










