KUALA LUMPUR 5 Sept. – Pelakon baharu Julia Farhana Marin mengakui pernah berhadapan dengan pengalaman pahit di awal karier lakonannya. Hampir menjadi mangsa gangguan seksual oleh pengarah dan penerbit sebuah terkenal tempatan sewaktu menghadiri sesi uji bakat tiga tahun lalu telah memberi kesan trauma dan takut dalam dirinya untuk menghadiri uji bakat seorang diri. “Saya diminta untuk melakonkan babak sebagai wanita penggoda. Saya kata okay dan berlakon di hadapan dinding…










