PADA mulanya, niat awal sekadar untuk meneroka apa sebenarnya yang dikata sebagai ruang beli-belah e-dagang untuk tujuan tugas azali iaitu wartawan berita ekonomi. Hari-hari melaporkan hal kelebihan dan kemajuan e-dagang tetapi diri sendiri tidak pernah mencubanya, adalah suatu taboo dalam dunia kewartawanan. Satu demi satu ‘pasar’ dibuka, ditinjau seperti ebay, Facebook, Amazon, Lazada, Alibaba, mudah.my dan paling terbaharu, Carousell. Saya mencari peralatan sukan berbasikal dan sebagai langkah berjaga-jaga dan fasa…










