ALOR SETAR 28 Sept. – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedang mengadakan perbincangan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi mencari jalan membendung masalah penularan wabak anjing gila atau rabies di Sarawak. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, langkah itu diambil berikutan penemuan wabak berkenaan di Miri, Kapit dan Sibu. “Sebelum ini kes melibatkan rabies hanya dikesan di sekitar ibu negeri, Kuching namun kini didapati telah menular ke…










