KOTA BHARU – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengadakan kajian semula berhubung sistem pengundian bagi pemilihan parti itu pada tahun ini.
Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, R. Sivarasa berkata, ia bagi memastikan pengundian berlangsung dengan lancar dan aman, sekali gus boleh mengelak berlakunya kekecohan.
“Saya harap JPP akan membaiki apa-apa kelemahan dalam sistem dan kita mesti teruskan serta habiskan pemilihan ini.
Berita berkaitan:
“Isunya ialah sama ada mereka akan teruskan dengan sistem e-undi atau kembali semula kepada sistem kertas undi,” katanya kepada pemberita sebelum mengadakan pertemuan dengan pimpinan cabang PKR Kelantan di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon dan Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir. – Bernama











