JPP pantau semua petugas terlibat pemilihan PKR - Utusan Malaysia

JPP pantau semua petugas terlibat pemilihan PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melakukan pemantauan terhadap semua petugasnya yang terlibat dalam proses pengundian parti pada 22 September hingga 28 Oktober depan.

Pengerusi JPP, Datuk Rashid Din berkata, pemantauan itu dilakukan susulan penahanan dua anggota sekretariat pemilihan parti itu di Kedah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan politik wang.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius dan tidak akan berkompromi mengenai isu penahanan oleh SPRM tersebut selain terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan pemilihan parti berjalan penuh integriti, telus serta mengikut peraturan.

“JPP juga telah membuat siasatan dalaman dengan penuh teliti terhadap semua petugas. Kami nyatakan dengan tegas bahawa setakat ini tiada sebarang penglibatan petugas dalam aktiviti melanggar peraturan dan etika pemilihan parti.

“Kami mengalu-alukan tindakan pantas dan berani SPRM Kedah dalam menangani isu yang berkaitan. Inilah Malaysia baru dan kita mesti martabatkan,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini tengah hari tadi.

Pada Ahad lalu, dua lelaki direman selama enam hari kerana disyaki meminta rasuah wang tunai sebanyak RM20,000 daripada seorang calon yang bakal bertanding pada pemilihan PKR Kedah pada 22 September ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN