Jong-un sedia berjumpa Trump sekali lagi, hentikan program nuklear - Utusan Malaysia

Jong-un sedia berjumpa Trump sekali lagi, hentikan program nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 20 Sept. – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berhasrat menyegerakan pelucutan program nuklear dan mengadakan sidang kemuncak kedua dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam tempoh terdekat.

BBC melaporkan, perkara itu dinyatakan oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang baru menamatkan kunjungan ke Pyonyang hari ini.

Beliau memaklumkan bahawa Jong-un juga mahu Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mengunjungi semula Korea Utara.

Pompeo sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan semula dengan Pyonyang dan mneyasarkan program nuklear negara itu ditamatkan menjelang 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN