SHAH ALAM – Johawaki Development Sdn. Bhd. (Johawaki Development) bercadang untuk memberi tumpuan terhadap projek kediaman mampu milik di sekitar Lembah Klang pada tahun ini dan juga tahun depan sebagai usaha membantu golongan berpendapatan rendah serta sederhana memiliki kediaman masing-masing. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Johawaki Holdings Sdn. Bhd., Mohamad Akmal Johari berkata, projek terbaharu yang kini dalam perancangan ialah Rumah Selangorku yang akan dibangunkan di Saujana Permai U17 dekat sini.…










