JKDM mohon maaf tidak letak ikan masin barangan dikecualikan SST - Utusan Malaysia

JKDM mohon maaf tidak letak ikan masin barangan dikecualikan SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Sept. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memohon maaf apabila terlepas pandang untuk meletakkan ikan masin sebagai barangan yang dikecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abdul Halim berkata, JKDM telah terlepas pandang dan tidak mengecualikan ikan masin daripada cukai SST 10 peratus seperti yang diarahkan oleh Menteri Kewangan.

“JKDM meminta maaf atas kesilapan ini dan akan mengeluarkan arahan pengecualian seperti yang diarahkan dengan segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peniaga diminta tidak mengutip SST untuk ikan masin,” katanya dalam satu sidang akhbar bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini