Jho Low akhirnya muncul - Utusan Malaysia

Jho Low akhirnya muncul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Akhirnya jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa terlibat dengan penyelewengan berbilion ringgit dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menonjolkan diri, tetapi hanya menerusi laman sesawang.

Menerusi satu kenyataan yang mengalu-alukan kehadiran pelawat di laman web www.jho-low.com, Jho Low menegaskan bahawa beliau tidak bersalah terhadap segala tuduhan dilemparkan terhadapnya.

“Biar saya jelaskan, saya tidak bersalah,” tegas beliau menerusi kenyataan yang turut ditandatanginya di laman web tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mungkin telah melakukan sesuatu perkara berbeza, seperti mana-mana anak muda, tetapi kesilapan yang saya lakukan tidak membolehkan dakwaan yang membinasakan terhadap saya.

Laman web tersebut berfungsi sebagai platform yang menyediakan maklumat berfakta, dokumen mahkamah dan perkara-perkara berkaitan Jho Low yang dikenal pasti banyak pihak sebagai individu terlibat dengan skandal 1MDB. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini