JHL Sabah tangkap beruang matahari jantan sesat - Utusan Malaysia

JHL Sabah tangkap beruang matahari jantan sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINABATANGAN – Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menangkap seekor beruang matahari jantan yang dipercayai sesat ke kawasan perkampungan Kampung Abai di sini semalam.

Beruang seberat 40 kilogram (kg) itu ditemui di dalam perangkap yang dipasang JHL selepas menerima laporan mengenai kehadiran haiwan itu di kawasan perkampungan berkenaan pada 18 September lalu.

Pegawai Perhubungan Awam JHL, Siti Nur’ain Ampuan Acheh berkata, beruang itu memasuki perangkap kira-kira tiga jam selepas perangkap berkenaan siap dipasang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada 18 September lalu, kita menerima maklumat seekor beruang matahari telah memasuki kediaman penduduk kampung di Kampung Abai di sini.

“Pada 20 September, kita telah hadir membuat pemantauan dan perangkap didirikan untuk menangkap haiwan itu. Tiga jam selepas perangkap dipasang, haiwan berkenaan berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Siti Nur’ain, pemeriksaan fizikal di ketuai Dr. Nabila Sarkawi dilakukan terhadap haiwan tersebut sebelum dihantar ke Pusat Konservasi Beruang Matahari Sepilok di Sandakan dekat sini.

“Ujian fizikal mendapati beruang berkenaan mengalami kecederaan yang tidak serius pada kaki hadapan bahagian kiri,” katanya.

Sementara itu, JHL masih meneruskan usaha menangkap seekor beruang daripada spesis yang sama di Kampung Entilibon kerana menyerang seorang penduduk di perkampungan itu.

Pemburuan yang memasuki hari ke-28 itu tidak menemui sebarang petunjuk baharu. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini