KUALA TERENGGANU 24 Sept. – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan menggunakan khidmat 50 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu mengesan dan memusnahkan jerat dawai yang dipasang pemburu haram di lima habitat utama harimau Malaya dalam masa terdekat ini. Menterinya, Dr. Xavier Jayakumar berkata, langkah itu turut terarah kepada usaha mengawal kemasukan pemburu haram ke dalam hutan sebagai sebahagian daripada pendekatan program konservasi…










